Dan kepada ibu ibu yang dh ade pengalaman bersalin, kekadang kita lupa cmne kita push dulu..
Disini, aku nak share ngan ibu ibu di luar sana teknik yang betul untuk memudahkan proses PUSH..
Tips:
1) Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang. Macam mana baby nak keluar?
2) Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya dapat membuka kelengkang anda. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
3) Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
4) Apabila meneran angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri.
5) Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
6) Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
7) Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
8) Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
9) Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
No comments :
Post a Comment