Tentu ada di antara ibu bapa yang kadang kala balik kerja dan dalam masa yang sama anak menangis untuk meraih perhatian. Nak dukung la, nak itu ini...Tentu perasaan anda MARAH, PENAT, STRESS..
Bagaimana cara untuk mengatasi MARAH kepada anak-anak.
Buat renungan setiap pasangan yang bergelar "ibu ayah".
Anak adalah cermin diri kita...
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati 'tidak mendengar kata'. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di samping itu, kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan merka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.
Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentu anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. "Eye Contact" sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja anda pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain, dsb. Berikan perhatian pertama kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, ibu/abah sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah minta diri untuk ke dapur dan sebagainya. Insya Allah anak akan lebih kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak atau sebagainya. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat endah tak endah kerana anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan anda sekiranya anda pula yang memangilnya.
"The right way to make her listen to you is by listening to her first."
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah swt dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality "Sanguine". Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Ileh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh menggangu adik kecil yang sedang tidur. Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulang kalu sehingga dia letih.
Insya Allah, dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, suruh anak anda lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah jika anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, ibu/abah ber hadiah kerana adik/kakak tidak menjerit lagi hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa ibu/abah tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri anda dengan sifat positif anak. Keletah dan kerenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian anda kepada kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan anda mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang anda inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak. Selain itu, boleh juga berbuat dengan membaca selawat ke atas ubun-ubun anak, membaca doa ataupun bercakap semasa anak anda sedang antara sedar atau tidak.
No comments :
Post a Comment