Monday, March 10, 2014

#PrayforMalaysia Airlines Flight MH370

Salam semua...

Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat Boeing 777-200 iaitu MH370..satu dunia menjadi tanda tanya? kemana perginya pesawat milik Malaysia Airlines ini..

Sebagai rakyat yang matang dan prihatin dengan keadaan, kita tidak seharusnya menyalahkan sesiapa..tidak perlu juga dikaitkan dengan pergolakan politik dalam negara..terlalu banyak andaian@persoalan  menyebabkan kita beremosi..

Antara andaian@persoalan yang dikaitkan :-

1. Kenapa pesawat membuat air-turn-back?

2. Adakah MH370 melencong ke Selat Melaka?

3. Kenapa 5 penumpang masuk tetapi tak naik pesawat?

4. Apa kaitan dengan 2 penumpang yang menggunakan pasport palsu?


Mencari dan menyelamat? Apa tanggungjawab kita yang tidak dapat menyumbang tenaga secara langsung? Ya..BERDOA...dengan berdoa, tiada dinding di antaranya..

       " Ya Allah, selamatkanlah dan peliharalah penumpang-penumpang MH370 walau di mana saja ia berada..hanya kepadamu sahaja kami memohon pertolongan.."


Hari ini masuk hari ke-3 pencarian..jika terhempas tunjukkanlah jasad-jasad mayatnya, jika berlaku rompakan, lembutkanlah hati kepada sesiapa yang merompak itu untuk melepaskan penumpang yang tidak berdosa..

Bear in mind, MATI ITU PASTI...

No comments :

Post a Comment